t h e m e l o d y
about links home twitter


49
Isnin, 11 Februari 2019 | 11:45 PG | 0 comments


Assalamualaikum and hey creatures!

Your favourite blogger, Seha Suhaimi is back! Fuh sekali lagi aku menyepi dari dunia blog. Haaa rindu tak rindu tak ? Kalau tak rindu, takpe. Aku hilang lagi lepas nie ehehehehe. Gurau jelah. Tetiba jari jemari rinduuuuu pulak nak menaip so here I am, I’m back tapi lepas ni gerenti hilang lagi -_- Betul tak? Aduh.

Sepanjang aku menghilang, macam-macam dah jadi tau. Habis praktikal jeeee aku terus cari kerja sementara dengan Wawa. Too bad, tawaran kerja kat Bukit Jalil as Site Clerk tu terpaksa lah aku lepaskan sebab aku rasa aku macam tak layak? Iye aku tahu, we can learn but yeah, noboby can understand myself because myself is too complicated ya know?

Nama pun perempuan kan……………

Back to the story, aku sekarang nie kerja dekat Giant je. At least aku tak duduk rumah terbongkang macam dugong terdampar tepi laut, tak buat apa apa kan? Aku kerja sebagai sales assistant. Wuuuu bunyi macam gempak tapi taklah gempak mana xD Kerja dia bolehlah. Basic dia Rm1,000. Boleh cecah Rm1,500 kalau rajin OT (Over time). So far so good, alhamdulillah aku dah berjaya capai Rm1,600 lebih bebaru ni sebab aku OT memang gila babeng masa tu. Penat memang penat tapi berbaloi jugak titik peluh aku.

Psssst, sekarang basic dah Rm1,100 (hanya untuk staff permenant sahaja). Part time, on call apa semua lain cerita rasanya. Tengah bercerita pasal kerja ni, aku masih lagi bekerja kat Giant sebagai staff GMS. GMS tu natang apa pulak? Sebelum adik adik semua nak kerja giant tu, meh kita kenali sikit apa tu GMS and dot dot dot.

GMS tu General Merchandise. More kepada barang barang selain grocery. Seperti barang electrical, households (pinggan mangkuk, cawan, sudu, towel, bantal), perabot, baju, kasut, sports macam tu. Bila korang dah masuk GMS, korang akan bekerja kat salah satu department. Takkanlah korang nak jaga semua department kan? xD

Like Electrical department,  households department, hardware department (DIY/Furniture), software department and leisure department.

Aku sekarang ni kerja dekat software department. Haih cakap pasal department ni, aku kurang suka sebenarnya sebab hari hari kita akan melipat baju, bra, seluar, panties yang asyik bersepah dek customer yang suka sangat menggali. Dorang ingat aku letak berlian kat dalam tu LOL. Sebenarnya, dulu aku kerja dekat hardware department. Then tetiba akhir tahun aku kena tukar department disebabkan aku ni perempuan and kebetulan ada budak baru lelaki masa tu so yeah T- T

Okay tak nak nangis.

Satu department limit dia, 3 orang tak silap aku tapi hanya software department je dah cecah 5 orang termasuk aku MasyaAllah. Setiap department akan ada sorang department head which is your team leader. Apa apa roger dia lah xD Bila korang dah kerja, korang mesti akan dikenalkan dengan bermacam-macam benda. Seperti scanner and mobile scanner. Ala alat ajaib yang boleh print out label harga, boleh tahu harga barang tu, boleh tahu barang tu tengah promosi ke tak. Ha hebat tak?
Lepassss tu, dalam 2 minggu tu mesti akan ada Floor scan. Wuish apa tu? ._.

Floor scan ni… apa yang aku faham, setiap hari, seminggu minggu pasti akan ada perubahan harga. Jadi, korang kena ambik scanner and mobile scanner. Dekat scanner tu mesti korang akan nampak 3 button yang tertera dekat skrin scanner.

Accurate, wrong price and missing label.

Kalau harga barang tu betul, sama dengan label, tekan accurate.

Kalau harga barang tu tak sama dengan label, tekan wrong price.

Kalau label harga untuk barang tu takde, holder dia kosong menyepi macam tu je, tekan missing label. Nanti mobile scanner print out label and put it at the holder. Sama jugak dengan wrong price.

Sepanjang korang tekan menekan button itulah akan dimasukkan ke dalam data untuk dibuat report. Selebihnya nanti korang akan diajar. Jangan risau!

Kalau korang dapat grocery department, good luck lah xD Refer to my jodoh since he’s a grocery staff, dekat situ pun ada department macam department air, department keropok, biskut, coklat and banyak lagi. Eh, siapa pulak jodoh aii ni? Wait for my next entry okay? x/////)

Ohye, nanti aku kenalkan siapa staff GMS and sesiapa jelah yang aku kenal dekat Giant tu HAHAHAHAHA! And also, how I met my jodoh thereeeeeuu~ Adios!





Yang semakin tembam,
Sehachan.


48
Jumaat, 19 Mei 2017 | 7:14 PG | 0 comments







Assalamualaikum creatures ! Jumpa lagi, nampak nau jodoh kita dua kuat /tetiba/ Btw aku nak cerita sikit pasal esok. Eh ? Esok ada apa ? Jeng jeng jeng! Esok ada anime carnival yehuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ! xD Lagi excited bila esok birthday aku! Happy birthday dearself. Saje wish sesiap sebelum aku lupa. Yelah tu lupa. Tak sangka penganjur event tu buat masa birthday aku. Dahlah anime carnival pulak tu. Rasa macam, sambut birthday kat dunia anime je. Aye tak sabarnya! Okay since, aku nie newbie to cosplayer world, esok dah sah aku tak cosplay xD Kenapaaa ? Sebab biasanya first day of anime event, tak ramai pun yang cosplay. Kalau ada yang cosplay pun, anime yang aku tak beberapa kenal sangat. Boleh dikatakan anime baru la. Anime lama memang payah aku nak jumpa. Lelagi Naruto Shippuden. Lagi la tak nampak. And then on the second day of anime event, baru nampak character dari anime lelama. Hari tu aku ada cosplay as Uchiha Sasuke version dewasa punye. On the first day. Aku tak jumpa bini aku pun si Haruno Sakura tu. Sedih an ? Naruto lagilah tak nampak. Sooooo aku decide nak cosplay on the second day. Barulah best xD
Oh kalau ada sesiapa yang tengah baca nie pun minat cosplay or seorang cosplayer bolehlah follow aku kat ig. Apa ig aku ? Cari sendiri ye xD

Nyayayayayayaya~ Adios!




Seha.
47
Khamis, 18 Mei 2017 | 8:10 PG | 0 comments

Assalamualaikum creatures! Mesti terkejut bila tengok cik Seha tetiba je update cerita baru! Ayeeeee cerita apa pulak kali nie ? But before that, aku nak minta maaf la kalau selalu sangat menyepi dari dunia blog. Macam biasalah cik seha always busy dengan dunia dia. Dunia imaginasi lol. Sekarang nie aku tengah cuti sem and menjadi seorang penanam anggur yang sangat berjaya. Mohon jeles geng /gelak macam shyton/ Actually aku tak boleh kerja sebab atas kesihatan aku.

Baik baik, aku ada satu cerita yang aku nak share dengan korang semua. Tajuknya… entah, korang baca jeeeeee. Nanti boleh la tolong rekakan tajuk untuk cerita nie hokay ? Lol, just kidding /peace/
Semalam, yang bertarikhkan 17 bulan 5.. happy birthday Saufy e w e Serious aku lupa tapi bukan pasal dia, aku nak ceritakan. Semalam aku ada pergi 2 tempat. First, KL Sentral. Second, Port Dickson. Memula, aku pergi KL sentral pada pukul 7 pagi. Awal kan ? Sebab aku nak elakkan diri dari lautan creatures. Alhamdulillah kat sana taklah sesak mana. Tujuan aku pergi sana sebab aku nak tukar tarikh ticket ETS. Aduh abang aku nie, entah macam mana dia boleh silap beli ticket tarikh lain. Mengamuk mak aku jadinya. So aku pun pergilah kaunter ticket and settlekan tarikh semua tu. For your information, tak payah bayar pun kalau nak tukar tarikh, masa tiket. Kalau nak tukar pun, hanya di KL Sentral sahaja. Tak ada kat tempat lain.

Dah settle, aku pergi pulak kat kaunter ktm. Even dah ada machine token Ktm pun still beli kat kaunter. Aku still noob lagi dengan machine tu xD So yeah! Aku pun beli token untuk ke seremban. Nasib baik time aku turun tu Ktm dah sampai. So perjalanan ke seremban pun dimulakan dengan lancarrrrrr sekali~ Tak ramai pun pagi tu so aku rasa aman, selesa ayeee lagi best kalau kesayangan ikut sekali /slapped/ but too bad, dia tak nak pergi sebab JAUH. Jauh………………………… tak apalah e w e

Sampai je kat ktm seremban, terus pergi ke terminal one seremban untuk naik bas. Just rm6 je untuk ke Poli pd. Yang aku bengangnya, ada sorang abang nie tegur aku kat dalam bas. He said “dalam bas pun nak pakai topi ke?” Aku pun reply “Laaa salah ke bro ?” Terus aku campak topi xD Tahu apa dia buat ? Dia cepat cepat minta maaf and told me to wear that cap back. Aku tak pakai balik pun. Kahkahkahkah. Masa otw pergi poli pd, aku ushalah insta. Ternampak pulak kak mimi updated gambo. Gambo dimana dia tengah try jubah graduation. Aku jadi, ya Allah! Hari nie ada konvo ke kat sana? Kenapa aku tak tahu ? Nampak sangat semangat poli tak ada kat dalam diri. So aku pun cepat-cepat lah ws member. Member kata yes since member ada bukak booth bunga graduation kat poli. Aku jadi tak sangka hari nie pulak konvonye! Dx Terus aku dm kak mimi kat insta since aku dah hilang nombor dia. She said yes, dia ada kat sana tengah try jubah. Soooo its mean, Kak Qie pun mesti ada sekali ! Ya Allah, dah lama gila aku tak jumpa dorang dua. Cakap pasal dorang, cane aku boleh kenal dorang ? Panjang kisahnya but aku boleh ringkaskan.

Yeke ringkaskan? Lol.

Aku kenal kak mimi dengan kak qie masa aku sem satu. Dorang dua satu bilik so dorang dua of courselah roommate. Bilik dorang berdepan je dengan bilik aku. Dekat je. Bukak pintu je, nampak kak Mimi dengan muka mamainya but she is still can smiling like an idiot to me. Aku pun ngeh ngeh ngeh la sekali but tak bercakap. Ohyeah, masa aku sem satu, masa tu dorang dah last sem. So umur kitaorang tiga pun agak jauh but perangai dorang macam sem satu. Hehehehehe . Since aku dengan kak mimi asyik terserempak kat depan bilik masing-masing, kitaorang jadi macam dah biasa. Start bertegur semua la. Kak Qie pulak, aku kenal and start bertegur dengan dia since dia masuk bilik aku senyap senyap. Eh KENAPA JADI GITU ? Relaks geng relaks. Ceritanya begitu dong. Masa tu aku tengah study sambil dengar lagu. Aku pakai headphone memang tak dengar la. Tu sebab kak Qie masuk je bilik aku sebab dia nak pulangkan heater aku. Bila aku pandang katil aku, dah nampak kak Qie tengah duduk dengan heater aku sambil tersengih macam beruk. Aku jadi terkejut la sambil melatah entah apa. Lol, gomen masaiii kak Qie ~ So aku dengan dia pun bertegur lah sampai habis sem. Dipendekkan cerita, dorang dua lah yang banyak tolong aku masa arwah ayah aku meninggal. Thanks a lot !

Okay habis dah. 

Then sampai poli, aku tak masuk poli pun. Aku terus pergi rumah sewa aku sebab aku nak rehat. Serious penat even bukan aku yang drive semua lrt, ktm and bas segalanya. Sampai je rumah sewa, dah ternampak housemates aku tekun siapkan bouquet bunga and coklat untuk dijual kat poli. Aku tak tolong dorang pun sebab yelah memasing dorang dah ada part. So aku pun tidur sampai dorang siap. Dah siap tu aku pun pergilah poli dengan dorang. Since Arin tanya kenapa balik Pd, aku pun cakap la sebab yang pertama (ambik barang). Then baru aku cakap sebab kedua aku, aku nak jumpa akak akak senior aku. So dia sarankan aku beli bunga daripada dorang. Aku pun okaylah, beli dua bouquet bunga and coklat . Kecik je tapi tak apalah, janji ada benda nak bagi kat dua ekor tu. Dah lama tunggu tu, lama jugaklah tunggu tapi aku okay je since classmate semua ada (kecuali ikhwan, mal and am rasanya). Aku pun borak-borak lah dengan dorang. Tetiba kak mimi datang dengan berjubah. Serious lawa gila kak mimi masa tu. Tapi kak qie pulak tak ada. Aku jadi kecewa jugaklah hmmm. Sembang bodoh-bodoh dengan kak mimi, so kitaorang pun bergambar sakan even just berdua je. Tapi serious, aku happy gila bila dapat jumpa kak mimi balik macam dulu. I really miss her T – T Dulu aku selalu kena tinggal dengan roommate, dia yang banyak teman aku. Dia masuk bilik aku then bercerita macam macam. Seolah2 aku ada seorang kakak yang belajar satu tempat dengan aku.

Kback to the story, time bergambar sempat lagi aku cakap aku teringin nak pakai topi graduation so dia pun pakaikan aku topi graduation ya allah, aura tu rasa gilaaaa! Classmates lain yang tengah tengok kitaorang, mula la bising. Nak jugaklah tu kahkahkahkahkah ! Tapi yang paling aku sebak gila, dia tetiba hugging me then she said “jaga diri, jaga kesihatan” semua. Then suddenly she said “ Love you.” Terus terdiam aku, aku jadi malu tapi macam orang selalu cakap, balas dalam hati jelah mampu hukhuk. P/s: Love you kak ! x///D

Lepas tu kak qie pulak datang, so kitaorang pun bergambar lah dalam posisi yang sama dimana kak qie sebelah kanan, kak mimi sebelah kiri aku

Macam dalam gambar kitaorang time aku sem 1.

Rindunyaaaaaaaaaaaaa ! Lepas nie jarang dah jumpa kak mimi but kak qie ada kata, naik sem nanti boleh jumpa lagi. Aku lupa dia cakap apa tapi kitaorang akan berjumpa jugak -_-“

Okay itu sahaja daripada cik seha. Oh lupa, last2 aku tak jadi balik Selangor semalam. Aku bermalam kat rumah sewa. Thanks to kirah lah, pujuk aku gila gila suruh jangan balik. Takut aku semput bagai la, thanks beb! Apa-apa pun adios~!


Omedetou gozaimasu ! < 3

Seha.
46
Jumaat, 10 Jun 2016 | 8:09 PTG | 0 comments


Assalamualaikum and morning people! x)

Maaflah dah lama sangat menyepi. Bersawang blog dibuatnya tapi it’s okay. Ada beberapa part yang aku edit bagi nampak okay sikit. Sikit jelah aku edit. Nak edit semua memang tak payah ceritalah, I’m really tired. Bukan sebab puasa, aku penat tapi aku memang penat xD Ohye.. memandangkan cuti sem aku pun nak habis, mehlah aku post satu diari kat sini. To be honest, cuti sem aku taklah best mana.

Aku banyak duduk rumah. Nak keluar, haih.. kena minta izin dengan mak. Tak kisahlah jauh ke dekat, kena minta jugak :< Terasa diriku seperti Rapunzel tapi bezanya, rambut aku tak panjang sangat and aku duduk rumah teres bukan apartment. For your information, aku tak suka simpan rambut sebab rimas bhaii. Lagi2 aku yang ambik course civil engineering, memang patut rambut pendek. Yelah.. kami kena berjemur kat tempat panas. So, I was decided to cut my hair… macam lelaki.

Hmm cuti nie aku tak kerap sangat jumpa members. Sian dorang. Tiap kali dorang ajak aku keluar, aku gerenti bagi jawapan yang mengecewakan. But glady they understand my condition. Thank you guys and insyaAllah, raya nanti kita semua akan berjumpa. Ah pastikan cornflakes buat banyak banyak tau xD Alahaii macam dorang baca blog aku nie. Macam aku pernah bagitahu sebelum nie.. aku tak pernah bagi links blog kat members.

Sebelum masuk bulan Ramadhan, ah.. mak aku ada ajak aku dengan abang aku balik kampung. Best tu memang best tapi memenatkan jugaklah xD Semuanya aku penat. Macam-macamlah aku nie kan? I met my cousin there and shopping together. Jalan2 di sekitar Taiping. Makan mi sup dengan paksanya aduhaii.. aku nak nasi masa tu tapi cousin aku dengan bangganya pergi order mi sup -_-“ Then waktu petang kitaorang pun balik KL sebab mak aku nak kerja. Kiranya aku duduk kat kampung selama 2 hari 1 malam gitu. Kejap je xD Time arwah ada, hah… ambik kau.

3 hari 2 malam tidur kampung. Lebih banyak luangkan masa kat Kuala Kangsar semata mata sebab laksa. Kuah dia sedap tapi serious talk, aku benci spend time kat sana. Arwah ayah aku tahu kenapa xD

Tetiba ngantuk pulak so aku nak tidur kejap : (




Gila anime,
Seha



45
Isnin, 4 April 2016 | 9:07 PG | 0 comments

Assalamualaikum and night people!

Malam nie aku rasa stress gila but at same time, aku rasa terkilan lepas Mai balik tadi. Dia paling awal habis paper. Esok Nad dengan roommate aku Amirah pulak balik. Tinggallah aku sorang nanti hmm. Tulah kawan lagi dengan budak budak dsk, kan dah kena tinggal. Ceh, aku gurau jelah xD Course Dsk punye paper 2 je. That’s why dorang balik awal dari course yang lain. Tak tahulah esok macam mana, makin sunyi aku dibuatnya. Selalunya time time macam nie, aku mesti lepak kat bilik Mai sambil nikmati air teh dia tu. Bapak sedap bhaii. Kahwin dengan aku weh.

Gurau jelah.

Asyik cakap pasal dsk je tahu xD Moh cakap pasal DKA pulak, course yang paling maut kat poli. Tak adalah maut sampai bunuh diri bagai. Maut sehingga mampu memecahkan otak kitaorang semua sampai MALAM tadi, Haziq sebagai encik race start mulakan operasi menghantar gambar kat group kelas. Eh, gambar apa?

Gambar time kitaorang baru masuk poli.

Nak tengok?


Masing-masing muka still fresh lagi tapi sekarang, hitam legam dah kami bhahahahahaha-

Hadirah & Arin, dulu dorang satu bilik and now duduk luar pun still together.
I'm their ex housemate before.

Pia dengan iklan giginya

Abang Afiq kita, menunggu dengan sabar pffft-

Muka paling win, that's me guys xD
Dengar bebelan siapa entah, serious aku rasa nak tidur-

Ewah Yaya nampak lain bhaii e u e

Usha apa, Dayah? Sebelah kanan dia tu, Dayah gak namanya.
Roommate Dayah.
Pening aku kahkahkahkah

Clever boy, Farhan bersama roommatenye, sebelah kiri dia.

Hafiz dengan senyuman petaknya, ramai peminat.
Hebat fuh-

Mal blur

Bob the builder 

Amalina yang paling menyerlah kat situ
Oh hye, roommate aku (Amirah) yang mukanya tinggal separuh xD

Tidur ye Aus? Tidur puas2 ye

Hadirah & Arin again, muka macam nak cari pasal

Mal again bhahahahahaha

Perghhh Pia, semangat satu malaysia!

Pandang apa, Mirul?
Lelaki yang pernah guide aku pergi Johor sebelum nie.
Thank you bro.

Cari siapa pulak nie, Wildan?
Abang fashsion kita-

Hadirah & Arin sekali lagi dengan kepala yang senget

Hai Farhan and hey kau, tak perasan ada Bob xD

Monyok semacam je Niesa


Farhan lagi

Ketua kelas paling sado, Ikhwan dengan semangat waja mengangkat tangan:
"Saya handsome, encik!"

Mija bertelekung, alhamdulillah

Sila contohi manusia ini, baca ikrar dengan mata tertutup

Relaks Hamsha, relaks muka bengis sangat tu xD

Ramai lagi yang tak ada, maybe muka dorang susah nak dikesan.
That's all from me, from Politeknik Port Dickson.
Ola!



44
Sabtu, 2 April 2016 | 9:18 PG | 0 comments

Assalamualaikum and selamat malam readers!

Entah berapa lama aku tinggalkan dunia blog, aku sendiri pun tak tahu. Yang aku tahu, dah 125 hari aku terperangkap kat satu tempat yang penuh manusia, masing-masing nak berjaya. Aku still kat politeknik and now, aku bakal menghadap satu peperiksaan yang sangat besar. Taklah besar mana xD Final exam, nak menentukan sama ada kita boleh naik sem depan tanpa carried or not. Bukan sebab tu je, banyak lagi.

Nak tahu? Masuklah Politeknik Port Dickson.

Ayuh politeknik, ayuh maju.

#politeknikportdicksonterbaik

Macam korang semua tahu (Lah sangat), sekarang nie aku otw nak habis semester 2. Alhamdulillah sepanjang aku kat sini, tak ada apa2 masalah kecuali subjek surveying yang makin lama makin aku lost. Serious aku cakap, subjek tu mautlah gak sampai ada 2 3 4 5 ke 10 student carried for subjek tu. Bila abang senior masuk group survey kitaorang, dia cakap untuk short semester, jangan main2. Nanti kena carried macam dia. Kitaorang pun apa lagi, bersunggh-sungguh ler kat tempat panas bagai, kira betul2 sampai botak. Last sekali, alhamdulillah, dapat keputusan yang memuaskan and now, kira sorang2 pulak untuk final. Aku risau betul dengan subjek tu. Semoga student yang berdaftar di bawah nombor matrix: 06DKA1510—dapat menghadapi peperiksaan dengan jayanya.

Nak cakap pasal apa lagi eh? xD

Ohyeah, untuk shot semester nie.. even kejap, aku dapat jumpa ramai kawan baru kat block A. Sebelum nie aku penghuni dari block belakang iaitu Block P, block paling hujung di hujung politenik. Then tetiba untuk sem nie, aku dapat block depan gila nak mampus. Tapi kira bersyukur jugak dapat block depan sebab nak pergi kuliah memang dekat. Nak pergi cucuk duit lagi dekat tapi malangnya aku nie penakut sangat, aku guna jalan jauh bila waktu malam xD Terpaksa. Tanpa aku sangka, untuk sem nie aku demam teruk gila sampai tak boleh bangun. Dari situ, aku boleh nampak siapa yang betul2 caring dengan aku. Macam Yaya, sanggup datang dari block belakang untuk basahkan badan aku yang panas. Roommate aku si Amirah, memaksa aku makan ubat pil yang sememangnya paling aku benci! Penghuni depan bilik aku, Mai buatkan aku air teh panas. Even tak demam pun, dia buatkan lagi. Serious sedap, boleh kahwin awal dah kau xD

Roommate Mai, Pia serangkap classmate aku.. selalu bebel kat aku suruh mandi. Kalau aku tak bertindak, dia akan menjerit. JPK block A aras 3, Fatin selalu datang bilik aku untuk check suhu aku and sanggup korbankan masa untuk hantar aku pergi hospital. Nad and Meen datang melawat even kejap.

 Thanks jugak kat Syera, kak Ain and kak Moon yang tak jemu2 ws aku untuk tanya khabar. Cakap pasal Syera and kak Ain, aku rasa bersalah gila kat dorang sebab sepatutnya masa aku cuti mid sem, kitaorang dah plan nak berjumpa tapi malangnya time tu aku ada buat appoiment dengan doctor. Boleh katakan time tu, hari tu gaklah aku rasa menyesal gila. I’m sorry girls, love ya two! : )

Lagi2 Syera e u e

Untuk hari ke 125 nie, aku yang tengah berada kat depan lappy, alone with my lamp, table, lagu bts yang tajuknya entah aku pun tak tahu, ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua student yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester. Allah yuftah alaikum, guys!

11/4, Selangor mu tunggu aku balik and we can date again, subway amigo ola! *ditampar*



Adios! : )


43
Khamis, 21 Januari 2016 | 8:44 PTG | 0 comments

Assalamualaikum and good night people! =)

Dah minggu ke-7 aku kat poli. Syukur alhamdulillah, aku dapat meneruskan semester yang kedua pulak tanpa repeat and seangkatan dengannya. Even dari sebelum final lagi, aku memang risau gila subjek engineering science -_- Mana taknya, subjek lebih kureng macam fizik and aku nie… hanyalah budak sastera biasa tetiba ada subject killer nie. Korang rasa? Tapi alhamdulillah, aku dapat C+ for final exam. Pointer pun atas 3. Tak dapat gelaran dekan pun tak apa ler. Still boleh teruskan pengajian right? Ingat pesanan arwah, buat je sehabis yang mungkin janji no repeat =)

Semester 2, short semester. Cuti? Ehehehehe hampir 3 bulan beb kitaorang bakal cuti nanti. Banyak benda yang aku boleh buat kat Selangor. Tapi tapi buat masa nie, aku nak focus belajar dulu. Bila dah masuk short sem nie tak payah cerita banyak banyak dah. Lect semua memang push kitaorang habis-habisan sampai aku tak makan. Roommate banyak tolong aku time aku dilanda tekanan yang tinggi. Sanggup teman aku pergi kafe even dah nak pukul 11 malam masa tu.

Thanks roommate =) Ohye, lupa nak cerita. Rayuan untuk kamsis sebenarnya dah diterima so so.. finally aku ada roommate sorang. Ex roommate Kirah yang dulu. Kirah tu classmate aku. Namanya Amirah, budak DSK yang kebetulannya kawan-kawan DSK aku jugak. Semuanya kebetulan. Itu yang membuatkan aku rasa selesa dengan Amirah as roommate aku. Daripada roommate aku yang dulu tu.. always leave me alone uhuk uhuk tapi tak apa ler. Dah lepas jangan nak ungkit sangat ler. Bersyukur ler sebab dapat roommate macam Amirah. Selalu kejut aku solat. Bila aku tertidur petang, dia mesti kejutkan aku. Yelah tidur petang mana elok bah. Meh aku nak cerita serba sedikit pasal Amirah yang dari tadi gelak depan lappy. Dey budak nie..

Amirah nama diberi. Mestilah sebaya tapi mukanya nampak muda sangat. Rajin solat, itu yang penting. Bangun subuh memang tak payah ceritalah. Dia memang rajin bangun pagi-pagi tapi lepas solat subuh tu, dia tidur balik xD Lagi-lagi kelas dia start pukul 10 sementara aku nie always pukul 8. Kelas cancel jangan haraplah. Perkara yang aku paling suka pasal dia nie, dia nie kadang-kadang act manja. Manja dia tu buat aku tak rasa awkward dengan dia even aku nie… jenis geli sikit kalau perempuan bermanja-manja dengan aku tapi aku akan cuba.. cuba apa?

Cuba bermanja, meow :3

Then setiap pagi, dia akan buat suasana pagi kitaorang tu macam luar negara bhahahahaha xD Yang nie aku susah sikit nak explain macam mana tapi dia akan buat suasana bilik kitaorang macam betul-betul pagi yang penuh keindahan gitu. Macam dia akan ikat langsir tu ke tepi. Memandangkan bilik kitaorang tak dapat sangat sinaran matahari, itu yang membuatkan bilik kitaorang macam… best.
Susah betul nak explain, ada kaitan dengan langsir sebenarnya nie xD

Kalau nak cakap pasal keburukan tu, semua orang tak perfect so.. aku as roommate dia yang mula sayangkan dia nie, aku tak mau cakaplah. Just nak bagitahu yang Amirah nie kalau dah tertidur dengan lappy dia sekali, dahlah lappy tu sebelah dia di atas katil. Nie kalau dia tolak sikit pun, aku rasa lappy tu.. aku hanya mampu ucapkan takziah -_- Takut lappy tu tamatkan riwayat dia di atas lantai, aku pergi letak atas meja.

Lagi selamat, Amirah.

Ingat tu, Amirah.

Woii.

Dey -_-

Memang post kali nie, aku nak cakap pasal kau je. Aku sayang kau kbye.





Budak B305L,
Seha.