t h e m e l o d y
about links home twitter


47
Khamis, 18 Mei 2017 | 8:10 PG | 0 comments

Assalamualaikum creatures! Mesti terkejut bila tengok cik Seha tetiba je update cerita baru! Ayeeeee cerita apa pulak kali nie ? But before that, aku nak minta maaf la kalau selalu sangat menyepi dari dunia blog. Macam biasalah cik seha always busy dengan dunia dia. Dunia imaginasi lol. Sekarang nie aku tengah cuti sem and menjadi seorang penanam anggur yang sangat berjaya. Mohon jeles geng /gelak macam shyton/ Actually aku tak boleh kerja sebab atas kesihatan aku.

Baik baik, aku ada satu cerita yang aku nak share dengan korang semua. Tajuknya… entah, korang baca jeeeeee. Nanti boleh la tolong rekakan tajuk untuk cerita nie hokay ? Lol, just kidding /peace/
Semalam, yang bertarikhkan 17 bulan 5.. happy birthday Saufy e w e Serious aku lupa tapi bukan pasal dia, aku nak ceritakan. Semalam aku ada pergi 2 tempat. First, KL Sentral. Second, Port Dickson. Memula, aku pergi KL sentral pada pukul 7 pagi. Awal kan ? Sebab aku nak elakkan diri dari lautan creatures. Alhamdulillah kat sana taklah sesak mana. Tujuan aku pergi sana sebab aku nak tukar tarikh ticket ETS. Aduh abang aku nie, entah macam mana dia boleh silap beli ticket tarikh lain. Mengamuk mak aku jadinya. So aku pun pergilah kaunter ticket and settlekan tarikh semua tu. For your information, tak payah bayar pun kalau nak tukar tarikh, masa tiket. Kalau nak tukar pun, hanya di KL Sentral sahaja. Tak ada kat tempat lain.

Dah settle, aku pergi pulak kat kaunter ktm. Even dah ada machine token Ktm pun still beli kat kaunter. Aku still noob lagi dengan machine tu xD So yeah! Aku pun beli token untuk ke seremban. Nasib baik time aku turun tu Ktm dah sampai. So perjalanan ke seremban pun dimulakan dengan lancarrrrrr sekali~ Tak ramai pun pagi tu so aku rasa aman, selesa ayeee lagi best kalau kesayangan ikut sekali /slapped/ but too bad, dia tak nak pergi sebab JAUH. Jauh………………………… tak apalah e w e

Sampai je kat ktm seremban, terus pergi ke terminal one seremban untuk naik bas. Just rm6 je untuk ke Poli pd. Yang aku bengangnya, ada sorang abang nie tegur aku kat dalam bas. He said “dalam bas pun nak pakai topi ke?” Aku pun reply “Laaa salah ke bro ?” Terus aku campak topi xD Tahu apa dia buat ? Dia cepat cepat minta maaf and told me to wear that cap back. Aku tak pakai balik pun. Kahkahkahkah. Masa otw pergi poli pd, aku ushalah insta. Ternampak pulak kak mimi updated gambo. Gambo dimana dia tengah try jubah graduation. Aku jadi, ya Allah! Hari nie ada konvo ke kat sana? Kenapa aku tak tahu ? Nampak sangat semangat poli tak ada kat dalam diri. So aku pun cepat-cepat lah ws member. Member kata yes since member ada bukak booth bunga graduation kat poli. Aku jadi tak sangka hari nie pulak konvonye! Dx Terus aku dm kak mimi kat insta since aku dah hilang nombor dia. She said yes, dia ada kat sana tengah try jubah. Soooo its mean, Kak Qie pun mesti ada sekali ! Ya Allah, dah lama gila aku tak jumpa dorang dua. Cakap pasal dorang, cane aku boleh kenal dorang ? Panjang kisahnya but aku boleh ringkaskan.

Yeke ringkaskan? Lol.

Aku kenal kak mimi dengan kak qie masa aku sem satu. Dorang dua satu bilik so dorang dua of courselah roommate. Bilik dorang berdepan je dengan bilik aku. Dekat je. Bukak pintu je, nampak kak Mimi dengan muka mamainya but she is still can smiling like an idiot to me. Aku pun ngeh ngeh ngeh la sekali but tak bercakap. Ohyeah, masa aku sem satu, masa tu dorang dah last sem. So umur kitaorang tiga pun agak jauh but perangai dorang macam sem satu. Hehehehehe . Since aku dengan kak mimi asyik terserempak kat depan bilik masing-masing, kitaorang jadi macam dah biasa. Start bertegur semua la. Kak Qie pulak, aku kenal and start bertegur dengan dia since dia masuk bilik aku senyap senyap. Eh KENAPA JADI GITU ? Relaks geng relaks. Ceritanya begitu dong. Masa tu aku tengah study sambil dengar lagu. Aku pakai headphone memang tak dengar la. Tu sebab kak Qie masuk je bilik aku sebab dia nak pulangkan heater aku. Bila aku pandang katil aku, dah nampak kak Qie tengah duduk dengan heater aku sambil tersengih macam beruk. Aku jadi terkejut la sambil melatah entah apa. Lol, gomen masaiii kak Qie ~ So aku dengan dia pun bertegur lah sampai habis sem. Dipendekkan cerita, dorang dua lah yang banyak tolong aku masa arwah ayah aku meninggal. Thanks a lot !

Okay habis dah. 

Then sampai poli, aku tak masuk poli pun. Aku terus pergi rumah sewa aku sebab aku nak rehat. Serious penat even bukan aku yang drive semua lrt, ktm and bas segalanya. Sampai je rumah sewa, dah ternampak housemates aku tekun siapkan bouquet bunga and coklat untuk dijual kat poli. Aku tak tolong dorang pun sebab yelah memasing dorang dah ada part. So aku pun tidur sampai dorang siap. Dah siap tu aku pun pergilah poli dengan dorang. Since Arin tanya kenapa balik Pd, aku pun cakap la sebab yang pertama (ambik barang). Then baru aku cakap sebab kedua aku, aku nak jumpa akak akak senior aku. So dia sarankan aku beli bunga daripada dorang. Aku pun okaylah, beli dua bouquet bunga and coklat . Kecik je tapi tak apalah, janji ada benda nak bagi kat dua ekor tu. Dah lama tunggu tu, lama jugaklah tunggu tapi aku okay je since classmate semua ada (kecuali ikhwan, mal and am rasanya). Aku pun borak-borak lah dengan dorang. Tetiba kak mimi datang dengan berjubah. Serious lawa gila kak mimi masa tu. Tapi kak qie pulak tak ada. Aku jadi kecewa jugaklah hmmm. Sembang bodoh-bodoh dengan kak mimi, so kitaorang pun bergambar sakan even just berdua je. Tapi serious, aku happy gila bila dapat jumpa kak mimi balik macam dulu. I really miss her T – T Dulu aku selalu kena tinggal dengan roommate, dia yang banyak teman aku. Dia masuk bilik aku then bercerita macam macam. Seolah2 aku ada seorang kakak yang belajar satu tempat dengan aku.

Kback to the story, time bergambar sempat lagi aku cakap aku teringin nak pakai topi graduation so dia pun pakaikan aku topi graduation ya allah, aura tu rasa gilaaaa! Classmates lain yang tengah tengok kitaorang, mula la bising. Nak jugaklah tu kahkahkahkahkah ! Tapi yang paling aku sebak gila, dia tetiba hugging me then she said “jaga diri, jaga kesihatan” semua. Then suddenly she said “ Love you.” Terus terdiam aku, aku jadi malu tapi macam orang selalu cakap, balas dalam hati jelah mampu hukhuk. P/s: Love you kak ! x///D

Lepas tu kak qie pulak datang, so kitaorang pun bergambar lah dalam posisi yang sama dimana kak qie sebelah kanan, kak mimi sebelah kiri aku

Macam dalam gambar kitaorang time aku sem 1.

Rindunyaaaaaaaaaaaaa ! Lepas nie jarang dah jumpa kak mimi but kak qie ada kata, naik sem nanti boleh jumpa lagi. Aku lupa dia cakap apa tapi kitaorang akan berjumpa jugak -_-“

Okay itu sahaja daripada cik seha. Oh lupa, last2 aku tak jadi balik Selangor semalam. Aku bermalam kat rumah sewa. Thanks to kirah lah, pujuk aku gila gila suruh jangan balik. Takut aku semput bagai la, thanks beb! Apa-apa pun adios~!


Omedetou gozaimasu ! < 3

Seha.