t h e m e l o d y
about links home twitter


43
Khamis, 21 Januari 2016 | 8:44 PTG | 0 comments

Assalamualaikum and good night people! =)

Dah minggu ke-7 aku kat poli. Syukur alhamdulillah, aku dapat meneruskan semester yang kedua pulak tanpa repeat and seangkatan dengannya. Even dari sebelum final lagi, aku memang risau gila subjek engineering science -_- Mana taknya, subjek lebih kureng macam fizik and aku nie… hanyalah budak sastera biasa tetiba ada subject killer nie. Korang rasa? Tapi alhamdulillah, aku dapat C+ for final exam. Pointer pun atas 3. Tak dapat gelaran dekan pun tak apa ler. Still boleh teruskan pengajian right? Ingat pesanan arwah, buat je sehabis yang mungkin janji no repeat =)

Semester 2, short semester. Cuti? Ehehehehe hampir 3 bulan beb kitaorang bakal cuti nanti. Banyak benda yang aku boleh buat kat Selangor. Tapi tapi buat masa nie, aku nak focus belajar dulu. Bila dah masuk short sem nie tak payah cerita banyak banyak dah. Lect semua memang push kitaorang habis-habisan sampai aku tak makan. Roommate banyak tolong aku time aku dilanda tekanan yang tinggi. Sanggup teman aku pergi kafe even dah nak pukul 11 malam masa tu.

Thanks roommate =) Ohye, lupa nak cerita. Rayuan untuk kamsis sebenarnya dah diterima so so.. finally aku ada roommate sorang. Ex roommate Kirah yang dulu. Kirah tu classmate aku. Namanya Amirah, budak DSK yang kebetulannya kawan-kawan DSK aku jugak. Semuanya kebetulan. Itu yang membuatkan aku rasa selesa dengan Amirah as roommate aku. Daripada roommate aku yang dulu tu.. always leave me alone uhuk uhuk tapi tak apa ler. Dah lepas jangan nak ungkit sangat ler. Bersyukur ler sebab dapat roommate macam Amirah. Selalu kejut aku solat. Bila aku tertidur petang, dia mesti kejutkan aku. Yelah tidur petang mana elok bah. Meh aku nak cerita serba sedikit pasal Amirah yang dari tadi gelak depan lappy. Dey budak nie..

Amirah nama diberi. Mestilah sebaya tapi mukanya nampak muda sangat. Rajin solat, itu yang penting. Bangun subuh memang tak payah ceritalah. Dia memang rajin bangun pagi-pagi tapi lepas solat subuh tu, dia tidur balik xD Lagi-lagi kelas dia start pukul 10 sementara aku nie always pukul 8. Kelas cancel jangan haraplah. Perkara yang aku paling suka pasal dia nie, dia nie kadang-kadang act manja. Manja dia tu buat aku tak rasa awkward dengan dia even aku nie… jenis geli sikit kalau perempuan bermanja-manja dengan aku tapi aku akan cuba.. cuba apa?

Cuba bermanja, meow :3

Then setiap pagi, dia akan buat suasana pagi kitaorang tu macam luar negara bhahahahaha xD Yang nie aku susah sikit nak explain macam mana tapi dia akan buat suasana bilik kitaorang macam betul-betul pagi yang penuh keindahan gitu. Macam dia akan ikat langsir tu ke tepi. Memandangkan bilik kitaorang tak dapat sangat sinaran matahari, itu yang membuatkan bilik kitaorang macam… best.
Susah betul nak explain, ada kaitan dengan langsir sebenarnya nie xD

Kalau nak cakap pasal keburukan tu, semua orang tak perfect so.. aku as roommate dia yang mula sayangkan dia nie, aku tak mau cakaplah. Just nak bagitahu yang Amirah nie kalau dah tertidur dengan lappy dia sekali, dahlah lappy tu sebelah dia di atas katil. Nie kalau dia tolak sikit pun, aku rasa lappy tu.. aku hanya mampu ucapkan takziah -_- Takut lappy tu tamatkan riwayat dia di atas lantai, aku pergi letak atas meja.

Lagi selamat, Amirah.

Ingat tu, Amirah.

Woii.

Dey -_-

Memang post kali nie, aku nak cakap pasal kau je. Aku sayang kau kbye.





Budak B305L,
Seha.