t h e m e l o d y
about links home twitter


44
Sabtu, 2 April 2016 | 9:18 PG | 0 comments

Assalamualaikum and selamat malam readers!

Entah berapa lama aku tinggalkan dunia blog, aku sendiri pun tak tahu. Yang aku tahu, dah 125 hari aku terperangkap kat satu tempat yang penuh manusia, masing-masing nak berjaya. Aku still kat politeknik and now, aku bakal menghadap satu peperiksaan yang sangat besar. Taklah besar mana xD Final exam, nak menentukan sama ada kita boleh naik sem depan tanpa carried or not. Bukan sebab tu je, banyak lagi.

Nak tahu? Masuklah Politeknik Port Dickson.

Ayuh politeknik, ayuh maju.

#politeknikportdicksonterbaik

Macam korang semua tahu (Lah sangat), sekarang nie aku otw nak habis semester 2. Alhamdulillah sepanjang aku kat sini, tak ada apa2 masalah kecuali subjek surveying yang makin lama makin aku lost. Serious aku cakap, subjek tu mautlah gak sampai ada 2 3 4 5 ke 10 student carried for subjek tu. Bila abang senior masuk group survey kitaorang, dia cakap untuk short semester, jangan main2. Nanti kena carried macam dia. Kitaorang pun apa lagi, bersunggh-sungguh ler kat tempat panas bagai, kira betul2 sampai botak. Last sekali, alhamdulillah, dapat keputusan yang memuaskan and now, kira sorang2 pulak untuk final. Aku risau betul dengan subjek tu. Semoga student yang berdaftar di bawah nombor matrix: 06DKA1510—dapat menghadapi peperiksaan dengan jayanya.

Nak cakap pasal apa lagi eh? xD

Ohyeah, untuk shot semester nie.. even kejap, aku dapat jumpa ramai kawan baru kat block A. Sebelum nie aku penghuni dari block belakang iaitu Block P, block paling hujung di hujung politenik. Then tetiba untuk sem nie, aku dapat block depan gila nak mampus. Tapi kira bersyukur jugak dapat block depan sebab nak pergi kuliah memang dekat. Nak pergi cucuk duit lagi dekat tapi malangnya aku nie penakut sangat, aku guna jalan jauh bila waktu malam xD Terpaksa. Tanpa aku sangka, untuk sem nie aku demam teruk gila sampai tak boleh bangun. Dari situ, aku boleh nampak siapa yang betul2 caring dengan aku. Macam Yaya, sanggup datang dari block belakang untuk basahkan badan aku yang panas. Roommate aku si Amirah, memaksa aku makan ubat pil yang sememangnya paling aku benci! Penghuni depan bilik aku, Mai buatkan aku air teh panas. Even tak demam pun, dia buatkan lagi. Serious sedap, boleh kahwin awal dah kau xD

Roommate Mai, Pia serangkap classmate aku.. selalu bebel kat aku suruh mandi. Kalau aku tak bertindak, dia akan menjerit. JPK block A aras 3, Fatin selalu datang bilik aku untuk check suhu aku and sanggup korbankan masa untuk hantar aku pergi hospital. Nad and Meen datang melawat even kejap.

 Thanks jugak kat Syera, kak Ain and kak Moon yang tak jemu2 ws aku untuk tanya khabar. Cakap pasal Syera and kak Ain, aku rasa bersalah gila kat dorang sebab sepatutnya masa aku cuti mid sem, kitaorang dah plan nak berjumpa tapi malangnya time tu aku ada buat appoiment dengan doctor. Boleh katakan time tu, hari tu gaklah aku rasa menyesal gila. I’m sorry girls, love ya two! : )

Lagi2 Syera e u e

Untuk hari ke 125 nie, aku yang tengah berada kat depan lappy, alone with my lamp, table, lagu bts yang tajuknya entah aku pun tak tahu, ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua student yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester. Allah yuftah alaikum, guys!

11/4, Selangor mu tunggu aku balik and we can date again, subway amigo ola! *ditampar*



Adios! : )