t h e m e l o d y
about links home twitter


49
Isnin, 11 Februari 2019 | 11:45 PG | 0 comments


Assalamualaikum and hey creatures!

Your favourite blogger, Seha Suhaimi is back! Fuh sekali lagi aku menyepi dari dunia blog. Haaa rindu tak rindu tak ? Kalau tak rindu, takpe. Aku hilang lagi lepas nie ehehehehe. Gurau jelah. Tetiba jari jemari rinduuuuu pulak nak menaip so here I am, I’m back tapi lepas ni gerenti hilang lagi -_- Betul tak? Aduh.

Sepanjang aku menghilang, macam-macam dah jadi tau. Habis praktikal jeeee aku terus cari kerja sementara dengan Wawa. Too bad, tawaran kerja kat Bukit Jalil as Site Clerk tu terpaksa lah aku lepaskan sebab aku rasa aku macam tak layak? Iye aku tahu, we can learn but yeah, noboby can understand myself because myself is too complicated ya know?

Nama pun perempuan kan……………

Back to the story, aku sekarang nie kerja dekat Giant je. At least aku tak duduk rumah terbongkang macam dugong terdampar tepi laut, tak buat apa apa kan? Aku kerja sebagai sales assistant. Wuuuu bunyi macam gempak tapi taklah gempak mana xD Kerja dia bolehlah. Basic dia Rm1,000. Boleh cecah Rm1,500 kalau rajin OT (Over time). So far so good, alhamdulillah aku dah berjaya capai Rm1,600 lebih bebaru ni sebab aku OT memang gila babeng masa tu. Penat memang penat tapi berbaloi jugak titik peluh aku.

Psssst, sekarang basic dah Rm1,100 (hanya untuk staff permenant sahaja). Part time, on call apa semua lain cerita rasanya. Tengah bercerita pasal kerja ni, aku masih lagi bekerja kat Giant sebagai staff GMS. GMS tu natang apa pulak? Sebelum adik adik semua nak kerja giant tu, meh kita kenali sikit apa tu GMS and dot dot dot.

GMS tu General Merchandise. More kepada barang barang selain grocery. Seperti barang electrical, households (pinggan mangkuk, cawan, sudu, towel, bantal), perabot, baju, kasut, sports macam tu. Bila korang dah masuk GMS, korang akan bekerja kat salah satu department. Takkanlah korang nak jaga semua department kan? xD

Like Electrical department,  households department, hardware department (DIY/Furniture), software department and leisure department.

Aku sekarang ni kerja dekat software department. Haih cakap pasal department ni, aku kurang suka sebenarnya sebab hari hari kita akan melipat baju, bra, seluar, panties yang asyik bersepah dek customer yang suka sangat menggali. Dorang ingat aku letak berlian kat dalam tu LOL. Sebenarnya, dulu aku kerja dekat hardware department. Then tetiba akhir tahun aku kena tukar department disebabkan aku ni perempuan and kebetulan ada budak baru lelaki masa tu so yeah T- T

Okay tak nak nangis.

Satu department limit dia, 3 orang tak silap aku tapi hanya software department je dah cecah 5 orang termasuk aku MasyaAllah. Setiap department akan ada sorang department head which is your team leader. Apa apa roger dia lah xD Bila korang dah kerja, korang mesti akan dikenalkan dengan bermacam-macam benda. Seperti scanner and mobile scanner. Ala alat ajaib yang boleh print out label harga, boleh tahu harga barang tu, boleh tahu barang tu tengah promosi ke tak. Ha hebat tak?
Lepassss tu, dalam 2 minggu tu mesti akan ada Floor scan. Wuish apa tu? ._.

Floor scan ni… apa yang aku faham, setiap hari, seminggu minggu pasti akan ada perubahan harga. Jadi, korang kena ambik scanner and mobile scanner. Dekat scanner tu mesti korang akan nampak 3 button yang tertera dekat skrin scanner.

Accurate, wrong price and missing label.

Kalau harga barang tu betul, sama dengan label, tekan accurate.

Kalau harga barang tu tak sama dengan label, tekan wrong price.

Kalau label harga untuk barang tu takde, holder dia kosong menyepi macam tu je, tekan missing label. Nanti mobile scanner print out label and put it at the holder. Sama jugak dengan wrong price.

Sepanjang korang tekan menekan button itulah akan dimasukkan ke dalam data untuk dibuat report. Selebihnya nanti korang akan diajar. Jangan risau!

Kalau korang dapat grocery department, good luck lah xD Refer to my jodoh since he’s a grocery staff, dekat situ pun ada department macam department air, department keropok, biskut, coklat and banyak lagi. Eh, siapa pulak jodoh aii ni? Wait for my next entry okay? x/////)

Ohye, nanti aku kenalkan siapa staff GMS and sesiapa jelah yang aku kenal dekat Giant tu HAHAHAHAHA! And also, how I met my jodoh thereeeeeuu~ Adios!





Yang semakin tembam,
Sehachan.