t h e m e l o d y
about links home twitter


42
Khamis, 21 Januari 2016 | 8:42 PTG | 0 comments

Assalamualaikum and good night people!

Sebelum aku merapu pasal benda apa yang dah jadi kat Negeri Sembilan, first aku nak kata yang lagu baru BTS memang gempak siaaa! Aku paling suka part chorus lagu Run. Run, run, run, it’s okay to fall~ Suka style and suara si Suga bila rap. Itu yang membuatkan aku mula suka abang gula kesayangan kita semua. But still, Rapmon, Jhope and V tetap di hatiku. Apa-apa pun good jobs, Bts!
Huhuhuhu muka Jimin time Jhope tu sememangnya berjaya buat aku cair.

Okay seperti mana aku dah bagitahu kat post sebelum nie, aku tinggal kat rumah sewa bersama 6 gadis yang dah memang dianggap as family besar aku sendiri even tak lama. Eh kenapa tak lama? Sebenarnya aku memang dah agak yang aku takkan stay situ sampai habis semester dua. Atas permintaan mak aku and aku setuju je dengan apa yang dia cakap tu, aku ambik keputusan untuk buat rayuan kamsis kali kedua dan… alhamdulillah, aku dapat kamsis. Sememangnya aku amat memerlukan kamsis sangat-sangat. Kenapa ayat aku skema tetiba nie? xD Happy sangat mungkin? Dapat gak aku jimat duit pt aku nanti heeeee. So, aku minta tolong Hussaini untuk temankan aku pergi bayar untuk kamsis and penambahan sikit untuk perdaftaran. InsyaAllah, aku takut dia busy tetiba.

Alhamdulillah, aku memang bersyukur yang teramat. Dapat jugak aku jumpa kawan-kawan satu blok aku yang dulu. I miss my girls so much. Semalam jumpa pun kejap je. Tasha jerit nama aku depan classmates aku yang lain. Ayeeee so cute my girl nie. Meen pulak acah-acah malu dengan aku. Tampo kang xD And then, serangan tetiba dari Izam. Terus meluru ke arah aku and hug aku seerat-erat yang mungkin. I miss you so much girls. Dah aku tak nak jadi cheesy malam nie.

I miss youuu *ditampar*

Okay malas pulak nak type panjang2. Siapa rajin nak typing dalam gelap nie? Nak bukak lampu, roommate aku pulak nak tidur. Eykin and Shaa is my roommate. Satu bilik tiga orang bak hang. Boleh katakan bilik nie sempit gak ar sampai meja belajar tak boleh nak sumbat dah xD Nasib baik kat kamsis nanti, satu bilik 2 orang. Dah memang tersedia pun meja belajar. Harap2 ada laci, meja sebelum nie no laci. Aku merana sampai habis satu sem bersama ex roommate aku.


Okay, nak masak maggie.
Ciao.





Suga is sweet,
Seha~