t h e m e l o d y
about links home twitter


13/10/15
Ahad, 1 November 2015 | 3:05 PG | 0 comments


Assalamualaikum and salam Maghrib people.

Sebelum tu, Al-Fatihah disedekahkan buat arwah ayah aku yang paling sporting kat dunia nie, Suhaimi bin Abdul Hamid yang telah pun kembali kepada Allah pada 13/10/2015. Puncanya aku just mampu jawab accident kat jalan raya. Kereta rempuh moto, memang tak boleh nak kata apa dah.

Kalau dah ajal, aku yang masih hidup nie hanya mampu redha. Semoga aku tabah bersama ibuku dan juga abangku, Saufy. Masih terasa kehilangan seorang hero.. aku tak sangka. Aku memang tak sangka. Dalam ramai2 ahli keluarga, ayah aku jugak yang aku rapat. Semua problem, semuanya aku luah kat dia and dia mesti bagi nasihat berjela2. Tanpa rasa penat and jemu. Aku patut bersyukur sebab dapat seorang hero macam arwah. Thanks jugak kat mak sebab berjaya ngorat arwah dulu *chuckles* And dapatlah kami berdua, Seha and Saufy : ) Aku ngaku aku banyak lukakan hati arwah masa kecik dulu. Macam biasalah, tak nak dengar kata tapi kata2 arwah memang aku takkan lupakan.

Aku ngaku aku tak berapa nak ngam dengan mak aku. Very awkward to us bila duduk berdua kat rumah. Saufy pulak merantau kat Perlis nun sana. Aku kat rumah? Selalu berdoa supaya arwah cepat balik rumah xD Tak sanggup nak dengar mak membebel tak henti2 sampai aku maki dalam hati. Arwah yang sentiasa memahami mesti pujuk aku jangan macam tu jangan macam nie..

Obah, Seha tak rapat dengan mak.. :’)

Tapi Seha cuba untuk eratkan hubungan nie balik dengan mak macam mana Seha rapat dengan obah.
Hari nie je aku nak cerita sikit pasal arwah. Lepas nie, stop.

13/10/2015, kebetulan hari tu birthday arwah. Aku ngaku aku lupa xD Tapi sebab Saufy wish dulu kat wassap group family kitaorang, ah hari nie birthday obah! Aku senyum je depan phone and get ready untuk send voice. Kononnya aku nak nyanyi untuk arwah tapi aku pulak asyik unsend unsend and unsend. Terasa gedik pulak bila aku nyanyi so aku stop dulu for making a video for my presentation. Plannya nak voice time lepas maghrib sebab waktu tulah arwah tak busy. Baru balik kerja semua. Focus aku pun bermula menghadap beberapa video yang nak kena trim, add lagu semua.

Tetiba aku dapat satu panggilan.

Nombor yang aku tak kenal and aku pun jawab.

Terdengar satu suara lelaki, bunyinya macam suasana kat jalan raya. Kereta moto semua.


Unknown man: Assalamualaikum?
Me: Waalaikumussalam. Siapa nie?
Unknown man: Nie Seha Suhaimi ke?
Me: *terfikir gak macam mana dia boleh tahu nama manja aku? Maybe arwah save as Seha Suhaimi* Ye saya. Kenapa eh?
Unknown man: Oh, saya cuma nak bagitahu yang encik Suhaimi accident. Boleh saya tahu moto nie nak letak mana ye?
Me: *diam; gagap* Hah..?
Unknown man: Ohye, apa hubungan cik dengan encik Suhaimi?
Me: D-Dia ayah saya.. accident kat mana? Macam mana keadaan dia? *suara tinggi*
Unknown man: Cik kat mana?
Me: S-Saya kat politeknik.. tolonglah bagitahu macam mana keadaan dia?!
Unknown man: H-Hmmm… kalau macam tu boleh tak bagitahu siapa2 yang terdekat yang encik Suhaimi akan dibawa ke PPUM.
Me: Hah? *tak dengar sebab tak jelas* Apa? PP apa?
Unknown man: PPUM. Terima kasih *ends a call*

That time, aku seriously blank gila. Phone pulak still dekat telinga, berharap yang lelaki tu akan call aku balik. Aku duduk je kat depan meja. Air mata mula mengalir. Serious aku tak tahu nak cakap apa tapi arwah selalu gak accident. Nie kali ketiga arwah accident tapi kali nie memang teruk sangat. Cepat-cepat aku call mak, Saufy semua tapi mak pulak tak angkat. Yang aku nie pulak tak tahu apa nama hospital tu.

So aku search kat google tapi line pulak minta kaki masa tu. Bila aku fikir balik, baru aku tahu PPUM tu dekat Petaling Jaya, Selangor. Aku pernah masuk hospital situ sebab pernah sekali serangga kecik masuk telinga aku. Arwah jugak yang bawa aku pergi sana. Time tu memory semua terus muncul kat otak aku. Aku jadi lemah and tak tahu nak buat apa. Bila aku mindset yang aku nie boleh buat, aku terus ws Syera nak tolong minta. Aku suruh dia carikan nombor telefon PPUM and I got it tapi aku tak call pun bila..

Saufy call aku.

Secara kebetulan, aku cakap kat dia yang arwah accident. Terdiam terus mamat tu. Suara makin perlahan. Aku jadi serba bersalah kat dia sebab dia nak exam. Nak graduate dah pun. Then dia terus hilang dari radar. Means dia matikan call ar. Aku tetiba nangis teruk kat bilik. Aku sendiri pun tak pasti kenapa tapi accident kali nie buat aku nangis teruk gila. Aku jadi tak sedap hati and keep crying…tapi dia sempat lagi ws aku yang nanti dia call aku balik. Kredit habis katanya.

Then mak pulak call, cuba sedapkan hati aku balik. She told me that pihak polis ada datang tempat kerja mak aku and bawak dia pergi hospital. Aku nangis bila dengar suara mak aku yang makin slow. Disebabkan suara tangisan aku memang kuat, kakak2 depan bilik aku mesti ar dengar tapi maybe dorang ingatkan aku nangis sebab benda lain so dorang tak nak serbu bilik aku macam selalu.

Dalam pukul 4 lebih, aku ambik keputusan untuk balik Puchong. Alhamdulillah kak Athirah tolong aku. Dia bagi no teksi yang dia selalu naik tapi aku suruh dia callkan. Well, nak cakap nanti aku loading pulak. Otak aku penuh pasal benda lain. Terutamanya arwah ayah aku. Yang aku peliknya, segala memory antara kitaorang dua terlintas kat fikiran aku. Aku jadi lemah sangat waktu tu.
Boleh katakan bilik aku penuh kawan2 sebab nak tolong aku. Kak Qie, Kak Mimie semua. Kak Ahtirah pulak busy call pakcik teksi tu and explain bayaran macam mana. Ambik kau, dari PD ke Puchong RM160 beb tapi alhamdulillah masa tu duit aku cukup untuk hantar aku balik puchong. Niat aku nak balik sorang tapi kak Qie pesan bawa kawan sekali and pakai seluar jangan kain katanya. Aku angguk and terus call Khai, kawan baik yang satu area dengan aku. Kenal di PD gitu tapi bila kenal, baru tahu kitaorang satu area xD

Khai setuju nak balik sekali so perjalanan kitaorang lancar pada petang tu.

Gerak dari PD pukul 6 petang, rehat kejap kat perhentian rehat Nilai. Solat semua then sambung perjalanan. Dalam perjalanan dalam kegelapan tapi still diterangi dengan lampu jalan, tetiba aku dapat satu call dari nombor yang aku tak kenal. Haih haih, aku time tu dah tak fikir apa apa lagi terus jawab. That’s my cousin’s number. Kejadah aku tak save apa-apa number cousin pun.

Ini sangat menyedihkan #akucousinyangteruk


Cousin: Seha kat mana sekarang nie?
Me: Otw.
Cousin: Yelah tapi kat mana?
Me: Obah macam mana kak?
Cousin: Seha..
Me: Obah macam mana?!

Dipendekkan cerita, aku dengan cousin aku hampir bertengkar sebab masing2 menanya. Jawapan pulak still tak terjawab lagi. Kawan aku kat sebelah mula tenangkan aku. Dia suruh aku jawab je apa yang cousin aku tanya. Again, aku nangis tak tentu pasal. Even pakcik teksi pun pujuk jangan nangis and berdoa supaya arwah selamat tapi seriously I can’t stop crying. Bunyi notification ws pulak aku buat bodoh je. Akhirnya, aku jawab je apa yang cousin aku tanya. Aku kat mana, dah makan ke belum. Soalan paling femes daripada aku mestilah tanya keadaan arwah macam mana.

“Seha balik je dulu kay?”

Itu je yang dia mampu jawab. Aku jadi blank, biarkan kawan aku terus usap2 tangan aku.

Tepat pukul 9 lebih tak silap aku, pakcik teksi sanggup hantar aku betul2 depan rumah aku. Terima kasih sangat-sangat. Apa yang membuatkan aku nak menangis bila dia panggil aku ‘nak’. Ya Allah, betapa rindunya aku kat arwah masa tu. Masa tu jugak aku nak terbang pergi PPUM! Sementara tunggu suami cousin aku datang, aku dengan Khai lepak kejap kat simpang rumah sana. Kebetulan pada masa tu jugaklah suami cousin aku datang. Aku tak tahu ar nak senyum ke apa tapi aku cepat2 masuk dalam kereta dengan kawan aku. Semua diam je dalam kereta tu. Athirah, anak cousin aku ada kat sebelah. Aku pandang je dia sebelum aku tanya soalan.

Sama ada dapat legakan hati or.. redha.

“Kak Seha tak tahu ke? Pak cu dah tak ada..”

Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Wanna crying..? No, aku dah puas menangis tapi hati aku rasa macam pecah berderai. Aku jadi blank for a while sambil suami cousin aku bawak pergi masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat Isyak. Sampai je kat situ, aku hanya mampu menitiskan air mata and finally, aku menangis lagi kat dalam kereta. Athirah keluar, Khai pulak stay dengan aku.

Time tu aku dah tak tengok jam sangat, so suami cousin aku terus bawak kitaorang semua pergi PPUM. Sepanjang perjalanan nak ke sana, lagi bertambah rindu kat arwah sebab laluan kat Petaling Jaya tulah, arwah selalu lalu nak pergi kerja, hantar aku pergi PPUM, pergi UIA sebab nak lawat Kak Moon dan macam2 lagi. Aku senyum bila teringat semuanya.

“Seha rindu obah..”

Sekali lagi air mata membasahi pipi aku dalam kegelapan. Khai kat sebelah terus pegang tangan aku and cakap yang aku kena kuat. Thank you so much, Khai. Yang kelakarnya, dia boleh pulak bagitahu aku yang dia makin minat kat aku. I be like, dah kenapa? Tapi Khai memang suka usik perempuan dengan ayat manis dia tu.

Btw jangan lupa Khai tu perempuan ye geng e u e

Hmmm sampai je kat PPUM, Athirah terus call mak dia serangkap cousin aku yang mereka semua nie kat mana. Ingatkan still kat unit kecemasan tapi sebenarnya arwah ayah aku dah dibawa ke bilik mayat. Nak rasa takut tu memang taklah sebab aku nak tengok keadaan arwah macam mana. Aku rindu arwah even dah tak bernyawa macam dulu lagi. Beramai2 ler ke bilik mayat and dari jauh aku dah nampak mak aku.

Matanya bengkak tapi senyuman dia memang sangat lemah bila nampak aku. Aku ketap bibir kuat2 sebab aku memang tak nak nangis depan dia.

“Seha, obah dah tak ada..” beritahu mak aku perlahan. Perlahan sangat.

Aku angguk je then lepas tu hampir semua cousin perempuan, saudara mara peluk aku seerat-erat yang mungkin. Ada yang kiss pipi aku, urut belakang aku and ada jugak yang suruh aku bersabar dengan ujian besar nie. Aku senyum, senyum.. aku nak nangis tapi aku tak boleh. Aku pandang Khai yang tengah berjalan dengan mak aku. Dorang nampak macam tengah bersembang. So maybe aku patut biarkan dorang and terus pergi bilik mayat dengan cousin2 aku yang lain. Satu per satu anak tangga aku naik sebelum aku nampak satu sekujur badan yang dah tutup dengan kain putih.

Aku tahu tu mayat. Mayat arwah ayah aku. Lelaki yang bertugas kat situ terus selak kain supaya aku boleh tengok muka arwah. Pucat. Sangat pucat. Mulut penuh darah. Aku tenung lama2 sebelum aku kucup dahi arwah yang terasa sangat sejuk. Sejuk macam ais. Sekali lagi air mata still degil nak keluar gak and aku biarkan jelah. Lelaki yang bertugas tu pandang aku and bagi isyarat yang dia nak tutup balik. Lepas mayat arwah dibawa pergi and hilang terus dari pandangan aku, kitaorang semua pun balik lepas cakap2 semua.

Mati2 aku ingatkan abang aku tak tahu lagi tapi dia dah tahu sebelum aku. Aku punyelah cari ayat macam mana nak bagitahu. Aku takut dia shock habis je. Kang tak pasal2 semua benda melayang tapi alhamdulillah, dia terima berita tu dengan redha. Sampai je kat rumah, semua jiran serbu mak aku and me? Aku cepat2 masuk rumah. Aku bukak lampu je dah nampak banyak milo kotak kat atas meja makan. Aku just senyum je. Aku tahu semua tu untuk aku. Kata arwah sebelum pergi, dia nak lawat aku pada 17/10 haritu tapi tak kesampaian hmm.

Esoknya, arwah disembahyangkan di Masjid Bandar Kinrara 4.

Kemudian dikebumikan kat kawasan Puchong gak. Aku lupa apa nama tempat tu tapi berdekatan dengan kem askar.

Al-Fatihah, I miss you my hero everyday.




Yang tabah,
Seha-