t h e m e l o d y
about links home twitter


37
Sabtu, 11 Julai 2015 | 5:45 PG | 0 comments

Assalamualaikum and good night everybadeh  = )

Woah.. malam nie serius memang menguji betul tahap ketakutan aku. Tak sangka aku sekali terkena dengan pranks geng roommate aku tu. Ah, classmate Hamsha pun sama je. Nie mesti dia nak balas dendam kat aku sebab aku pernah takutkan dia dengan lagu seharum bunga yang menggoda tu xD Hari nie hari Selasa, wajib pergi Pusat Islam for solat tarawih tapi aku dengan roommate aku tak pergi pun.

Kami dua tengah cuti-cuti malaysia tapi WAJIB pergi duh e u e

So, kitaorang lepas berbuka puasa tu terus balik bilik. Dia busy dengan phone dia, aku pulak khusyuk buat report untuk science engineering sambil dengar lagu Forteen. Masing2 buat hal sendiri. Ohyeah, nama roommate aku Aida. Saje nak ingatkan balik xD Dia tak macam kawan aku tapi dia lebih kepada macam mak aku. Suka tegur aku okay ke tak, dah mandi ke belum and banyak lagi soalan dia.

Thanks Aida = )

Berbalik semula ke cerita yang sepatutnya diceritakan pada malam nie -_- Yes, kami dua kena pranks teruk gila. Hari selasa memang wajib pergi PI even tengah cuti. Baru semester satu dah macam nie kahkahkahkah. Sedang sibuk dengan dunia kami sendiri, tiba2 roommate aku dapat shock news dari kawan dia. Katanya, warden or ketua setiap aras asrama adakan satu spotscheck mengejut. 

Maknanya, dia nak check ar siapa yang tak pergi Pusat Islam. Sound like scary so… roommate aku dengan pantasnya terus tutup lampu and aku yang tengah siapkan kerja dah macam what the heck -_-
Then dalam gelap time tu jugak ar dia bagitahu aku yang akak-akak or dikenali sebagai senior gareng tengah adakan spotcheck so jangan bukak pintu katanya. Pffft biarlah pintu tu nak tercabut ke apa gara-gara senior gareng tu xD Kitaorang pun bertapa ar dalam gelap sampai satu ketukan pada pintu bilik kitaorang kedengaran.

Aku dengan Aida dah start cuak even ketukan tu slow je.

Aida pandang aku, aku pandang dia. Masing-masing muka minta penampar.

Semakin lama kitaorang berdiam kat dalam gelap, semakin kuat ketukan tu. Serius masa tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya kitaorang sampai membatu terus. Boleh tahan jugak kan akak senior nie sampai nak tercabut pintu bilik kitaorang adoiii. Mula ar terdengar suara2 kat luar, suruh bukak pintu sekarang. Pfft time tu aku dah mula fikir.. kalau aku or Aida yang bukak pintu, apa yang jadi agaknya.

Aida yang mula berasa bersalah, terus bangun sambil pandang aku. Time tu aku dah cukup2 nak give up untuk menghadap akak-akak senior tu. Dalam kiraan 3, Aida bukak pintu and…

WHAT.

THE.

HECK.

Rupa-rupanya geng roommate aku and classmate, Hamsha sengaja nak takutkan kitaorang! Terus kawan roommate aku, dicekiknya kuat2 eeeei! Bapak geram gila duh, aku kat sini dah macam separuh nyawa, last2 ambik kau! It’s just pranks, guys.. pranks yang agak melampau! Aida dah bengang dah masa tu, terus keluar bilik. Aku pulak dok membebel kat dorang semua.

Yang lain gelak je sambil minta maaf.

Sememangnya satu pranks yang agak menjadi, terima kasih banyak-banyak -_-“

Hanya disebabkan pranks tu, aku dengan geng roommate aku makin rapat. Bwahahahaha dah macam apa dah tadi. Btw pranks korang memang menjadi duh. Lagi2 ketukan pintu tu, then suruh keluar. Serius ar…

It’s okay.

Siap ar korang nanti :’)

Budak Civil yang Ketakutan.