
Jumaat, 3 Julai 2015 | 9:53 PG | 0 comments
Assalamualaikum and selamat malam
everybadeh =)
Patutnya malam yang sunyi nie aku
kena siapkan lukisan LK tapi tulah, aku paling pantang kalau ada lappy kat
depan mata nie. Terus aku on and update a new post for my bersawang blog yo! xD
Heyya, pemilik blog bersawang kembali lagi dengan cerita baru. Macam2 dah jadi
kat sini, Politeknik Port Dickson. Akhirnya aku dah terima kenyataan yang aku
ada kat sini untuk sambung belajar and buat family aku bangga dengan aku.
Tulah harapan aku =)
Maybe malam nie aku akan mengarang
dan share a story with you guys.
So, post ini mungkin dapat
mengalahkan karangan SPM bwahahahahaha xD Well, should I start now?
14/6/2015, satu tarikh dimana aku
kena daftar for kemasukan politeknik. Mula2 kena daftar for kamsis dulu. Ayeee
kamsis tu asrama. Rasanya poli je kot yang panggil asrama tu kamsis. Aku
ingatkan kamsis nie apa. Nama kelab ke apa ke xD Thanks to senior aku, Hussaini
sebab dia dah banyak share pasal poli kat aku sebelum aku masuk sini. Kamsis is
asrama. Asrama is kamsis. Okay sambung cerita balik. Tepat pukul 8:30 pagi,
pendaftaran pun bermula macam biasa. Masing-masing nak tahu bilik dorang kat
mana, student mana pulak yang bakal jadi roommate kita selama 6 bulan and
banyak lagi ar. Bila mata bertentang mata, kitaorang just senyum and senyum.
Yelah, first time jumpa kan. Takkan nak tampar pulak xD Parents pulak macam
biasa, dorang akan try berbual. Soalan paling femes yang dorang selalu tanya
is..
“Dari mana nie?”
Pffft, then awkward xD
Lepas aku dah dapat kunci, baru aku
perasan yang aku dapat bilik yang paling pertama sekali kat Blok P. Blok yang paling
hujung sekali. Dipendekkan cerita, jarak dari asrama ke kuliah tak payah cerita
ar xD Siapa yang bulat2 tu gerenti boleh kurus. Siapa yang kering tu.. makin
kering ar sampai angin tiup pun korang boleh melayang tahu tak. Ah cakap pasal
bilik kan, kat sini bilik memang luas tapi yang bestnya, satu bilik dua orang
je xD Bapak ar.. kalau korang mai sini, memang cukup untuk satu kampung. Then
lepas dah kemas barang semua tu, parents aku pun balik tapi tak balik terus ke
Selangor. Dorang singgah kat hotel untuk satu malam. Kot2 aku ada benda nak
beli lagi ke kan? Sebab tulah parents aku tak balik terus : )
Thanks mak, obah :’)
Pada pukul 1 petang pulak,
orientation pun bermula. Masing2 pergi ke pusat islam untuk solat. Serious
talk, memang awkward ar kalau berkumpul ramai-ramai. Sunyi je mula2 then bila
dah kenal tu, ambik kau. Kecoh satu poli xD Kecuali aku *sigh* Majoriti kawan2
yang aku jumpa and berkenalan mesti dari course lain. Susah benor nak cari
kawan yang sama course. Masing2 dah berterabur entah ke mana. Rasanya first day
tu aku memang keseorangan gila ar. Pergi dewan pun sorang, duduk pun dengan
manusia mana entah, gelak pun macam apa. Orientation day yang agak membosankan
bagi aku TETAPI hari kedua, aku jumpa kawan baru tapi course lain ar. Kitaorang
berkenalan macam biasa dan start jadi rapat. Rupanya first day dia pun sorang2
jugak so dari situ kitaorang dah ditakdirkan untuk jadi kawan baik sampai
sekarang :’) Thanks Izam, suka sangat buat lawak bodoh. Lagi best bila dapat
tahu kitaorang satu block and sama aras pulak xD Woah~ Tapi rasanya lagi best
kalau kitaorang satu course, kan?
4 hari kitaorang kena hadapi
orientation day yang menyeksakan telingan kitaorang semua. Lepas dah round satu
poli, tengok kelas kitaorang kat mana.. and akhirnya orientation day pun habis.
Masing2 dah macam zombie kelaparan. Laju je balik bilik xD Termasuk ar aku. Nak
berkenalan dengan roommate pun susah sebab kitaorang berlainan course. Tu yang
membuatkan hubungan kitaorang macam awkward tapi aku try to fix this. Well,
lupa nak kenalkan roommate aku kat korang semua. Aida is the name. Dia course
Sains Kesetiausahaan or kalau payah nak sebut sampai lidah pun terbelit2, DSK
ar senang. Dia punye course macam best sebab course nie ada kelas komputer e u
e
Then hari Jumaat, tarikh 19/6 is
the important day. Dimana semua jabatan akan berjumpa then dibahagikan untuk
kelas mengikut no matrik. Korang semua jangan terkejut pulak -_- Aku, pelajar
yang pertama daftar untuk course civil engineering. Aku dah macam… apakah ini.
Kiranya aku tekan button ‘Setuju dengan tawaran’.. aku orang pertama ar? Pffft
betul kata kak Aisy, aku main tekan je padahal bermacam2 arahan aku tak baca
pun. So, aku pun masuk kelas DKA1. Kelas pertama mak aih. Dalam kelas tu ada 30
orang tapi masa first kelas hari tu tinggal 29 pelajar pulak.
Ah sorang lagi tu dah pindah poli e
u e
So, buat masa nie kitaorang tinggal
29 jelah. Dari situ, kitaorang pun start kenal2 semua tu. Orang pertama yang
aku kenal is Syakirah. Pendek orangnya tapi dia nie memang pandai gila dalam
subjek math. Then Afiqah and seterusnya. Kalau pelajar lelaki, of course ar Mal
sebab dia suka sangat usik orang. Lagi2 aku. Aku tak tahu ar apa masalah dia
tapi dia nie jenis yang friendly habis ar. Ramai yang berasal dari selangor dan
jugak kedah. Hamsha and Amalina punye loghat memang… pekat gila tapi Amalina
boleh je cakap macam biasa. Hamsha je payah sikit. Lawa duh Hamsha, mata dia
bulat and hidung dia adoiii xD Sebenarnya kitaorang tak rapat lagi kat kelas
tapi kitaorang makin akrab bila group wassap for DKA1 ditubuhkan, dari situ
kitaorang mula kenal2 balik. Tak sangka dorang ingat nama aku hanya disebabkan
aku sakit tekak masa tu…
“Aku ler yang sakit tekak tu.”
“Oh kau.. Leha xD”
Leha pun boleh, guys -_-
Then kelas pun bermula.. dengan
bengkel kayu. Macam biasa, first kelas.. kitaorang akan diberikan taklimat
berjela2 semua tu. Kesian Fizie, ngantuk sampai terangguk2 kepala dia xD Maklum
ar rasa penat tu tak hilang lagi kan. Ramai gak yang ngantuk pagi tu termasuk
ar aku. Time taklimat, kitaorang kena intro lagi. Salehah, Selangor. Aku intro
macam tu je. Serius suara aku time tu memang hilang terus dah tapi thanks,
classmates yang sentiasa memahami keadaan aku. Bila dah lama tu, baru aku
perasan satu benda. Classmates yang aku kenal nie memang caring sangat2. Baru
kenal kot terus jadi macam nie..
Ada satu hari tu, aku bangun
lambat. Pagi tu ada kelas Pergajian malaysia tak silap aku. Aku memang tak
bermaya gila pagi tu. Bila aku usha wassap group, ambik kau. Kecoh bila aku tak
ada dalam kelas.
Weh Leha mana duh?
Mana?
Manaaa dia?!
Bila aku reply.. masing2 tanya aku
kat mana. Aku macam… ya Allah, caringnya dorang even baru kenal. Disebabkan aku
nak cepat sampai kelas ar, aku jatuh tangga tapi nasib baik tak serius sangat.
Serius time tu aku nak nangis. Sampai je kelas, tengok2 lect dah start
mengajar. Dia tanya aku, aku okay ke tak? Eoh.. macam mana dia tahu?
Rupa2nya classmates aku yang
bagitau lect yang aku tak sihat :’)
Aku nak nangis pun ada. Lagi2
Syakirah and Afiqah ar, tanya aku okay ke tak? Aku just angguk je sambil tahan rasa
sakit. Perkara yang tak boleh blah bila aku keluar nak cari kerusi, Mal terus
tanya mana aku pergi? xD Masing2 jawab yang aku keluar cari kerusi. Dia memang
kecoh gila ar xD
Aigooo… korang semua memang… serius
aku sayang korang even baru semester 1 kot. Hope kita boleh kekal sampai
graduate. Kita semua dah janji kan nak pakai jubah graduation tu ramai2..
promise, DKA1.
Walaupun aku hampir give up masa tu…
disebabkan korang, aku terus berusaha and terus tersenyum : )
Budak civil,
Sxha.
Sxha.