
Jumaat, 12 Jun 2015 | 6:21 PTG | 0 comments
Assalamualaikum and selamat malam people! =)
Anda bersama saya, Kak Jemah tututututuruuu *joget
lambak sikit* Okay sudah, saje nak joget sikit. Yosh, I’m back from Perak
everybadeh! Jumpa tunang ar katakan ehey! Aku gurau jelah kahkahkahkah.
Perempuan brutal macam aku siapa ar nak adeh. Balik kampung nak lawat mak
saudara aku, sakit katanya. Hmm balik tu, memang keadaan dia pucat sangat. Dah
macam orang lain aku tengok tapi terseksa gak aku tengok dia, cuba untuk
memberikan senyuman kat aku.
“Seha dah balik dah..” Dia senyum tu punye ar payah.
Aku rasa nak nangis je time tu. Mie pulak tak ada masa tu. Busy bekerja macam
selalu. Bro, aku rindu kau duh.
Apa-apa pun malam tu jugaklah kitaorang bawak Mak
Dah (makcik aku yang sakit) pergi klinik. Alhamdulillah dia tak apa-apa tapi
sakit sikit pun bukan boleh buat main-main. Well.. aku tetap risau even doktor
cakap tak lah serius sangat. Aku sayang Mak Dah macam mak aku sendiri. First
meeting dulu-dulu dia yang buangkan rasa awkward dari aku. Selalu tanya aku okay
ke tak duduk kampung nie? Alahaii.. kalah cousin aku yang lain. Dia asyik tanya
aku je xD Cousin lain macam biasa ler, jealous hek eleh. Tu dulu-dulu jelah :3
Time raya, kebetulan pulak kitaorang dua pakai
geleng yang sama design. Ramai kata kitaorang nie macam anak-beranak yang real
xD Dia memang caring gila dengan aku and now.. aku dah 18 tahun tapi aku tetap
Seha yang sama kan, Mak Dah? *sengih kambing* Maafkan Seha kalau Seha tak
banyak cakap dengan Mak Dah semalam and hari nie...
I’m sorry...
Seha doakan Mak Dah supaya cepat sembuh and always
smile macam selalu : )
Bini Namjoon ehey e u e,
Seha Suhaimi.
Seha Suhaimi.