t h e m e l o d y
about links home twitter


17
Isnin, 26 Mei 2014 | 3:28 PG | 0 comments



Assalamualaikum dan selamat malam
Buat pertama kalinya aku pergi tuisyen pakai baju melayu Saufy XD Cuba teka apa reaksi dorang. Terkejut, pelik semua ada. Nurul tak habis-habis puji aku nampak lain. Fatin pulak cakap aku nie anak cikgu Firdaus. Maklumlah cikgu Firdaus selalu pakai baju melayu yang labuh tu. Dorang fikir aku nie betul-betul anak cikgu  XD

So, nama aku tukar jadi Salehah binti Firdaus lah ya?

Sampai je kat tuisyen, aku sedar ramai tengok aku. Mungkin pelik kot bagi dorang XD Relakslah.. sekali-sekala cuba pakai. Kebetulan demam aku tak kebah lagi. Bila aku pakai baju tu, aku rasa selesa sangat. That’s why aku pakai baju tu. Tak adalah bersin sana bersin sini kan?  Jadi fokus aku taklah hilang ke mana. Cikgu Yati pun puji aku. Nampak lain xD 


Cikgu Yati: Amboi, lain nampak malam nie =)
Aku: Hehe.. baju abang saya sebenarnya nie.
Cikgu Yati: O_o Seriously?
Aku: A’ah. Obvious sangat erk yang saya pakai baju melayu lelaki?
Cikgu Yati: Tak adalah obvious sangat. Kalau tudung tutup yang atas tu *tunjuk zip baju melayu* Macam jubah perempuan tulah.
Aku: *sengih*
Cikgu Yati: *sengih*


Cikgu Firdaus je yang tak perasan xD 

Then ada dua pelajar baru kat tuisyen. Macam kenal je. Macam kenal je. Dorang macam happy je bila jumpa aku. Ke sebab aku pakai baju melayu abang aku haa? Lain kali aku pakai lagi erk? XD Maklumlah aku dah sebati gila dengan baju tu. Saufy, aku ambik erk? Nanti aku beli yang baru untuk kau. Amboi, banyak duit. Aku nie still pelajar lagi. Mana ada duit T_T

Nantilah aku nak kenal-kenal dorang dua tu. Aku kan suka buat kawan baru dong. Makin ramai makin best!
Okeylah. Esok sekolah. Minggu depan exam *menangis tak berlagu*

Yang awesome,
Seha handsome *slapped*