t h e m e l o d y
about links home twitter


5
Jumaat, 11 April 2014 | 10:04 PG | 0 comments



Assalamualaikum dan hai semua
Ngantuknya aku. Dah pukul 9.49 malam. Peliklah hari nie. Selalunya pukul 10 or 11 malam baru aku rasa mengantuk. Awal pulak hari nie erk? Mata aku rasa berat sangat dah nie tapi aku tak nak tidur lagi. Aku bengang dengan internet sebenarnya.. yalah.. aku nak update blog, edit2 blog yang bersawang nie. Haih, memang melambatkan kerja aku jelah. Esok aku dengan ayah aku nak pergi IOI Mall kejap. Beli buku rujukan. Bolehlah aku beli novel baru. Dulu, minat novel remaja. Sekarang minat aku lebih kepada novel dewasa.

Woi.. Woi.. tahulah dalam novel dewasa ada ehem2 kan? Yup, aku ngaku aku suka bab macam tu. Aku kan dah matang. Siap dapat gelaran WANITA lagi tahu tak XD Ini membuktikan bahawa aku sudah dewasa tapi hati aku masih lagi muda XD Kekeke. Aku start minat novel dewasa nie lepas aku baca novel ‘Cinta 3 Suku’ karya siapa erk? Hah! Karya Herna Diana. Aku memang suka gila watak Nurul Iman. Aku sebenarnya kan..

Brutal juga XD

Tapi kan, aku rasa jealous sangat bila tengok novel2 yang best. Dapat sambutan hangat pulak tu. Siap jadikan novel ke drama! Wah.. teringin juga nak buat macam tu. Aku ada siapkan satu novel tapi tak adalah tebal sangat macam kamus. Ingat nak panjangkan lagi cerita aku yang agak merapu tu. Aku takut kalau pembaca akan masuk hospital lepas baca ayat2 aku yang super merapu XD So, aku bagi kawan2 aku baca dulu sebelum aku terbit cerita tu. Tajuk dia 5 Hari. Siapa2 minat kpop kat sini, tahu apa tu asianfanfics kan? Aku pernah siarkan cerita tu kat situ XD

Alah, 5 Hari. Watak dia Lee Jongsuk and Kim Woobin. Itulah karya aku yang merapu tu -_-

Hah, siapa kat sini suka bawa motor? Sebenarnya kan... tiap kali aku nak naik bukit, mesti aku pakai gear 3. Korang rasa2 boleh sampai puncak bukit ke kalau pakai gear 3? XD Aku rasa aku penunggang motor yang agak teruk XD Mana taknya, dari tadi pakai gear 3 je. Dari rumah ke kedai. Gerenti motor kesayangan abang aku tu akan rosak then meletup. Haha, gurau jelah. Mana ada meletup. Mungkin rosak kalau pakai gear yang sama terlalu lama.

Yeke? Pandai je aku buat teori sendiri -_-

Budak polis nie baru belajar bawa motor. Faham2 jelah erk? XD

Yang awesome,
Seha Matang