
Jumaat, 11 April 2014 | 10:01 PG | 0 comments
Assalamualaikum dan hai hai
Buat pertama kalinya, aku dijemput ke majlis perkahwinan Lee Kikwang di korea! Yeah! XD Haha, aku gurau jelah. Memang sah aku tak dapat pergi sebab Korea kan jauh. Jauh ke? Entah, aku pun tak tahu. Pelajar jenis apakah ini? Tak reti tengok map rupa-rupanya *larikan diri ke Highland Tower* Okey. First time aku dijemput ke majlis anugerah kecemerlangan kat sekolah aku. Tahun nie baru aku dapat pergi ke majlis tu. Wah... hari nie hari sejarah bagiku *tiba-tiba*
Dapat juga aku berpeluang untuk ambik hadiah kat atas pentas.
Senyum kat kamera. Bukan senyum rasanya. Tapi lebih kepada tersengih-sengih
macam kerang busuk XD Aku memang gila sikit bila jumpa encik kamera. Kalau
selfie, macam-macam gaya aku tunjuk. Okey, gaya apa yang korang nak tengok?
Gaya model tak bertauliah? Gaya orang hilang pensel 2B? Gaya apa? Haha, entah
apa aku tengah merapu nie. Well, aku suka merapu. Tu hobi baru aku XD
Peliknya Seha nie kan
-_-
Tapi aku rasa aku tak layak pergi ke majlis tu. Yalah, dapat
nombor satu dalam kelas tapi result macam tak cantik je bagi aku. Ada fail kot
rasanya. Mathematic. Aku fail subjek yang aku minat. Haih, salah aku jugak kan
sebab tak belajar betul2 even pergi tuisyen. Bazir duit mak bapak je.
Memandangkan aku nie jenis yang cepat rasa bersalah, aku akan tebus kesalahan
aku. Aku akan belajar bersungguh2 macam orang tak betul. Aku dah kurangkan
rp-ing. Apa lagi. Hah, aku kurangkan main phone. Kitasembang dan apasap XD
Siap aku suruh Raizatul tukarkan password wechat aku. Aku tak
nak terpengaruh sangat dengan benda2 yang sememangnya menjadi kegilaan para
remaja pada masa kini. Cewah, ayat skema aku dah keluar dah XD Apa2 pun cara
nie memang berkesan. Yup, pada mulanya aku rasa tak biasa hidup tanpa internet.
Rasa macam kosong. Kosong gila. Seolah2 hidup aku tak lengkap lah kononnya XD
Mungkin sebab dah lama tak on, aku dah biasa. Aku tak gila internet sekarang
nie. Alhamdulillah kalau begitu *menari salsa tiba2*
Haih, minggu depan memang menguji kekuatan tangan akulah ya?
Hmm, aku ada latihan saringan selasa and khamis nie. Nasib baik tak ada
tuisyen. Kalau ada, memang merangkak ke pusat tuisyenlah ceritanya. Nak bawa
motor, aku dah insaf. Mana taknya, ramai polis meronda kat kawasan perumahan
aku. Even pakai helmet pun kena tahan. Alah, tu teknik orang zaman sekarang.
Pakai helmet memang boleh lepas tapi
lesen, jangan lupa erk XD
Okey, tujelah cerita merapu aku untuk hari ini. Bai XD
Yang Awesome,
Seha matang
Seha matang