t h e m e l o d y
about links home twitter


3
Jumaat, 11 April 2014 | 9:58 PG | 0 comments



Assalamualaikum dan hai
Bulan 6 nie ada sukan tahunan. Aku tak masuk apa-apa acara pun. Yelah, aku tipu je -_- Tahun nie aku masuk acara yang melibatkan kekuatan fizikal, minda, mental, mata, gigi dan hidung XD Gurau jelah. Aku masuk acara lontar peluru. Percaya tak? Budak matang plus gila2 nie ambik acara lontar peluru? Boleh buat ke cik adik oi? Eh, mesti. Gila aku nie. Aku tanya, aku sendiri yang jawab XD Tu bermakna wayar otak aku dah tercabut. Kesian kan? T_T

Hari tu aku try lontar peluru. Memang berat siot! Nasib baik peluru tu tak jatuh atas kaki aku. Walaupun aku pakai kasut sekalipun, tetap sakit maa. Cuba baling kat cikgu. Gerenti cikgu masuk hospital XD Aku lontar memang jauh dan lepas garisan. Aku rasa aku boleh buat untuk saringan nanti. Insya-ALLAH, aku akan buat yang terbaik. Rumah Helang kan power! Pernah juara nie! Jangan main2 XD

Lepas lontar peluru, aku cuba lari 100 meter pula. Aku dapat nombor 2. Budak yang dapat nombor satu tu memang saingan aku paling kuat. Tahun lepas pun sama. Tengok badanlah. Dia lagi besar daripada aku. Lagi dahsyat sebab dia boleh lari laju. Kalah aku dibuatya. Tahun lepas, aku masuk acara lari. Kononnya aku nie harapan untuk rumah hujan even aku tak yakin aku boleh menang. 

Yelah, dah lama tak lari kan? Time saringan, aku jatuh tergolek2 masa lari. Masa kat stadium, tak payah tahulah sebab memang memalukan bagi aku. Tapi kawan aku pergi ungkit balik pasal tu sebab kelakar sangat. Masa aku lari.. aku memang jatuh pun. Cara aku jatuh tu memang boleh masuk Raja Lawak teruslah ceritanya kan! XD 

Aku jatuh then bersujud kat situ XD Dorang ingat aku nak solat ke apa. Aduhaii. Memang malu siot! *menangis sampai banjir*

So, tahun nie aku tak masuk acara lari sebab kaki aku. Aku pernah accident motor. Aku masuk acara lontar peluru pun jadilah. Tak adalah guna tenaga banyak sangat kan? Kakaka XD

Okeylah, aku nak tidur dulu. Esok sekolah.

Yang awesome,
Seha matang XD