t h e m e l o d y
about links home twitter


2
Jumaat, 11 April 2014 | 9:57 PG | 0 comments



Assalamualaikum dah hai *senyum sampai tayang gigi*
Hari nie aku sedih sangat. Mana taknya, orang yang aku sayang tiba2 je suruh aku lupakan dia. Perkara paling bodoh yang pernah aku dengar. Seriously terus hilang mood aku nak belajar masa tu. Dahlah mood aku cepat hilang dan bukan senang nak dapatkan balik. Bulan nie aku banyak berubah sejak abang aku accident and hilang ingatan. Tapi nasib baik dia dah okay even semua memori yang dia bina selama nie dah hilang.

Masa hari selasa, aku terima satu sms or karangan tak berformat daripada kakak angkat aku. Memang panjang gila sms dia hantar. Aku pun baca dengan muka agak blur masa tu XD Hmm. Dalam sms yang dia hantar, dia ada cakap pasal lelaki tu. Siapa lelaki tu? Malas aku nak mention. Aku tak nak malukan dorang berdua. Setahu aku, dorang bercinta kot. Aku tak pasti sangat. Dia kata dia dah tak sanggup nak tunggu lelaki tu. Mana taknya, tiba2 je lelaki tu hilangkan diri macam Mh370 even aku tahu apa yang terjadi sebenarnya. 

Tapi.. hati aku sakit sangat bila dia suruh aku lupakan dia. Aku menangis. Aku menangis teruk sampai bengkak mata aku dibuatnya. Nasib baik bengkak cepat surut. Kalau tak, kena interview lah jawabnya. Dahlah pagi tu aku nak pergi sekolah. Aku maki dalam hati kecil aku. Kecil ke? XD Seriously, aku paling tak suka bila orang tu kaitkan pasal tu dengan persahabatan. Ini semua mengarut bagi aku. Kepala aku rasa macam nak meletup bila baca sms dia. Aku tak kisahlah kalau boyfriend tinggalkan aku ke apa, tapi aku memang kisah gila bab kawan2 nie. 

Bila kawan2 tinggalkan aku, aku rasa tak lengkap. Bagi aku, persahabatan tu penting.

Aku nie jenis yang pemalu. Aku jarang confess yang aku sayang kawan2 aku tapi aku confess dengan cara lain. Bila dorang tak faham something, aku akan ajar dorang. Bila dorang ada masalah, aku cuba selesaikan. Itulah cara aku nak tunjukkan yang aku sayangkan dorang. Bila nama dorang ada dalam friendlist aku, bukan senang aku nak pangkah nama dorang. Aku akan simpan friendlist tu sampai bila2. Maksud aku di sini ialah.. aku akan pastikan persahabatan kita semua kekal selamanya. So, pastikan ‘friendlist’ korang tak hilang.

To kakak angkatku..macam mana dia nak ingat akak kalau dia tak ingat apa2? Faham kan maksud Seha? 

Yang awesome,
Seha matang