t h e m e l o d y
about links home twitter


12
Jumaat, 25 April 2014 | 8:52 PTG | 0 comments


Assalamualaikum and good morning =)
Wassup bro sis! Seha kembali lagi XD Eleh baru seminggu je aku blah dari dunia blog. Minggu depan ada exam! *mainkan lagu seram* Then lepas tu cuti 3 minggu! Main type je aku nie XD Aku tak tahulah aku cuti berapa minggu. Apa yang pasti..  bulan 5 nanti cuti panjang. Haih, tak sabarnya nak cuti! Dah discuss dengan Saufy. Plan nak pergi memekak kat IOI Mall XD Dah lama tak nyanyi. Nyanyi sampai hilang suara aku dibuatnya T_T


Sememangnya part Ameerais dalam lagu Dikau Saja memang susah siot. Cakap pasal Forteen, hari nie dorang buat konsert. Kesian Forteenagers sorang nie. Tak dapat pergi. Tadi ada majlis anugerah kecemerlangan kat sekolah. Aku dapat anugerah best subject dalam pendidikan seni XD Hebat tak aku? Hari nie tak adalah best sangat sebab tak ada kawan nak teman.

Nasib baik ada Zul. Dia nampak gelabah je aku tengok dia XD Relakslah bro. Aku tahu nie first time kau dapat anugerah. Aku pun sama XD Sampai je kat dewan tadi, Zul terus cari aku. Nak duduk bersama katanya. Tapi kena ikut susunan nama. Dia duduk depan. Aku belakang. Kami terpisah jauh di sudut hati XD Ingat, kami hanyalah kawan biasa-biasa je. Marah girlfriend dia nanti tau -_-

Maaflah kalau entry kali nie tak panjang macam sebelum nie. Aku stress sikit sebab minggu depan dah start exam. Kejap lagi aku nak contact Kak Moon. Aku nak aturkan masa, tempat, tarikh nak jumpa. Well, bila aku dah berjanji dengan seseorang, aku kena tunaikan. Aku dah janji dengan kak Moon pasal Mie iaitu abang aku. Aku nak bagitahu semuanya kat dia nanti. Harap-harap boleh jumpalah sebelum dia balik Kedah nanti. Kalau tak, susahlah ceritanya. Tak sanggup aku nak suruh ayah aku hantar aku pergi kedah semata-mata hanya sebab nak bagitahu pasal Mie -_-

Hari nie ada konsert Forteen T_T

Yang awesome,
Seha budak seni <3